Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Jati Diri Dimamah Bumi Sendiri

| |
0 comments

Assallamualaikum semua para pembaca blog saya yang setia menunggu entri terbaru daripada saya.
Maaf atas segala kesulitan yang dihadapi kerana blog ini baru saja saya 'design'. Saya buat sedikit kaji selidik bagaimana hendak bagi blog sembang kemaih derr ini menjadi lebih menarik. Nanti tidaklah bosan sangat asyik membaca tentang motivasi saja. Di sini juga saya selitkan beberapa berita-berita yang menarik untuk santapan kepada para pembaca.

Hari ini saya ingin sembang serta berdiskusi tentang jati diri. Apabila kita sebut sahaja tentang jati diri kita mula kaitkan dengan disiplin, akhlak, perilaku, adab dan seumpamanya. Walau apa-apa yang kita kaitkan dengan jati diri tetap ia menjadi elemen penting kepada makhluk Allah yang bergelar manusia ini, bukan manusia saja tapi manusia yang bertamadun. Tiba-tiba kita ternampak ada orang berjalan tanpa berpakaian apa-apa, adakah dia bertamadun?adakah dia mempunyai jati diri? Tanya diri kita sendiri yer.

Keadaan & situasi

Dalam membentuk jati diri yang kuat serta mantap keadaan persekitaran memainkan peranan yang penting bagi seseorang individu. Kalau seorang budak yang tidak diajarnya tentang adab dengan orang, mesti sampai ke besar dia jadi orang tidak beradab. Keadaan yang  baik dapat membantu individu tersebut untuk membentuk jati diri yang baik.

Tempat & lokasi

Apabila kita bercakap tentang tempat di mana kita hendak membina jati diri yang baik? Sudah semestinya kita inginkan tempat yang terbaik. Adakah negara Malaysia ini paling sesuai untuk membina jati diri? Ada sesetengah ibu bapa yang menghalang anaknya untuk belajar di luar negara seperti di UK, US dan sebagainya dek kerana takut anak mereka akan terpengaruh dengan budaya di sana. Kadang-kadang ada yang bergaduh lari rumah.

Memang tempat itu juga penting bagi membentuk jati diri dan tidak bermakna halangan daripada ibu bapa itu membebankan. Senang cerita siapa tidak sayang anak kan? 

Akhir kata...
Dimana tempatnya dan bagaimana keadaannya, itu semua mempunyai hubungan antara satu sama yang lain. Senang sikit, saya rumuskan bagaimana kita hendak membina jati diri yang terbaik, kita membina ia seperti kita memasak juga. bahan-bahan perlu ada dan sangat penting serta mempunyai peranannya yang tersendiri tetapi jika tanpa ilmu untuk memasak, tidak jadi juga. Betul dak?

Faktor yang saya tulis tadi seperti keadaan dan tempat semua itu ibarat bahan-bahan nak masak. Ilmu nak memasak itu ibarat cara kita berfikir. Seperti yang kita lihat sekarang, ramai remaja kini yang akhlaknya telah runtuh dan banyak lagi masalah sosial yang berlaku. Jika kita kata keadaan di kampung lebih baik daripada di bandar, cuba kita lihat kadar jenayah di kampung lebih kurang samanya dengan keadaan di bandar.

Jadi di mana penyelesaiannya? Semua itu terletak atas diri kita sendiri, bagaimana kita berfikir? Adakah apa yang kita buat hari ini betul atau tidak? Allah memberi nikmat kepada kita yang cukup berharga iaitu nikmat akal tapi pernahkah kita bersyukur akan nikmat tersebut?Cuba kita fikir sejenak di mana tahap jati diri dan jangan biar jati diri kita dimamah bumi sendiri.

Assallamualaikum. :)
Read More

Friday, April 27, 2012

Keruh Jiwa Kerana Bisikan Syaitan

| |
0 comments

" Dan apabila datang suatu ajakan buruk daripada syaitan kepadamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Ia yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang yang bertaqwa, apabila disentuh ( digoda ) kepadanya gangguan daripada syaitan, mereka ingat (kepada agama Allah), maka ketika itulah mereka berwaspada akan segala akibatnya."
Asallamualaikum semua pembaca blog saya yang setia. Sudah lama saya tidak update blog ini, sebabnya terlalu sibuk dengan assignment dan task2 yg tidak selesai lagi. Kali ini saya gunakan kesempatan di waktu ini untuk berceloteh dengan anda semua yer..

Agak-agak siapa tak kenal syaitan??mesti kenal punya dan ia merupakan musuh kita sebagai muslim yang beriman. Perjuangan kita dalam hidup yang penuh dengan pelbagai rintangan kadang-kadang menyebabkan fikiran kita serabut dan perasaan yang  sangat tertekan. Dan kadang-kadang apa yang kita buat di luar dugaan kita sehingga menyebabkan orang lain sakit hati dengan sikap kita.

Pada saat dan ketika itulah syaitan 'cuba' untuk membantu kita bagi keluar daripada tekanan ini. Bisikan syaitan sentiasa bermain di fikiran kita dan kadang-kadang kita tertewas dengan bisikan tersebut.

Persahabatan

Tanpa sahabat siapa kita yer...disaat kita susah di situlah ada sahabat yang datang menolong. Kadang-kadang tanpa kita sedar kita telah menyakiti hati kawan-kawan kita. Apabila berlaku beberapa pergaduhan kecil, disitu lar syaitan akan datang untuk membesarkan masalah tersebut sehingga berlaku persengketaan antara sahabat. 

Masalah yang selalu berlaku dalam kalangan perempuan ialah berebut boyfriend, jangan ambil hati yer kaum hawa, kaum adam pun ada juga berlaku. Bayangkan sampai sanggup tumbuk-menumbuk, tarik-menarik rambut. Perkara ini selalu berlaku dalam persekitaraan kita dan mungkin kita pernah menghadapi situasi sebegitu.

Marah

Cakap tentang marah semua orang pernah marah. Pernah atau tidak kita berkawan atau berhadapan dengan orang yang panas baran?mesti tension gila dengan orang macam itu. Keadaan seseorang yang sedang marah merupakan situasi yang mudah bagi syaitan untuk 'menang'. Kadang-kadang kita akan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita dan syaitan pun seronok gila. Perasaan marah ini perlu kita elak kerana marah ini akan memakan diri kita suatu hari nanti.

Seperti kita lihat di ruangan akhbar, berita, banyak sangat kes bunuh macam dunia ini sudah tidak ada perasaan langsung. Semua ini disebabkan perasaan marah yang terlampau dan emosi yang tidak stabil. Kalau kaum Adam nak tahu lelaki yang paling kuat ialah lelaki yang mampu tahan rasa marahnya. Bukan dengan pukul orang dia sudah dikira sebagai kuat, sebenarnya tidak langsung. Padahal lembik gila sebab dengan diri sendiri pun tidak mampu lawan lepas itu nak pukul orang pulak.

Akhir sekali,
Saya harap apa yang dicelotehkan ini mampu memberi manfaat kepada kita semua. Janganlah kita bersahabat dengan syaitan yang keji ini dan golongan ini sentiasa berbisik kepada kita untuk melakukan sesuatu yang salah. Selain itu, sentiasa lah amalkan sifat bersabar kerana sifat ini sebahagian daripada sifat orang yang bertakwa. Senyum selalu kerana senyuman kita yang tidak seberapa ini mampu melupakan segala masalah.

Teguhkan Iman kita supaya syaitan tidak mampu untuk mendekati kita dan tenangkan jiwa kita dengan ayat-ayat indah dari Al-Quran. Sebenarnya kita mampu mengubah sikap kita yang kadangkala degil dan susah nak dengar nasihat orang, cuba fikir sejenak di mana tahap diri kita sebenarnya? tidak susah kan nak buat macam itu...

Saya harap semua pembaca setia menunggu next post dari saya yer....saya agak sibuk buat masa sekarang untuk menulis benda-benda macam ini. Jumpa lagi semua.
Asallamualaikum. :D
Read More

Saturday, April 7, 2012

Kematian jadikan manusia lebih hargai tubuh, roh

| |
0 comments
FIRMAN Allah bermaksud: "Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh)." (Surah an-Nisa’, ayat 78) Semua makhluk ciptaan Allah di seluruh pelosok alam ini tidak akan kekal. Tiba masa dan detiknya nanti, semua akan mati menandakan berakhir sebuah riwayat kehidupan. Hanya Allah kekal abadi.

Biarpun pelbagai usaha dibuat terutama oleh golongan yang mempunyai banyak wang untuk mengelak daripada bertemu kematian. Semua usaha itu tidak akan ke mana kerana kita hanya menunggu giliran untuk dicabut nyawa oleh malaikat suruhan Allah. 

Ulama membahagikan kematian kepada dua. Pertama, mati kecil iaitu tidur dan keduanya mati besar iaitu mati yang sebenarnya. 

Islam amat menggalakkan umatnya sentiasa mengingati mati kerana sudah pasti setiap daripada kita lebih bersiap sedia menempuhinya. Bersedia dalam erti kata melengkapkan roh dan jasad dengan amalan serta ibadat yang banyak.

Diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sebelum ini aku telah melarang kamu daripada menziarahi kubur dan sekarang ziarahilah. Sesungguhnya dengan menziarahi kubur akan mengingatkan kamu kepada alam akhirat.” 

Ibadat sembahyang ada hubung kait dengan ingatan kepada kematian. Setiap kali menunaikan ibadat solat, sekurang-kurang dua kali kita menyebut ‘Yaumuddin’ yang pastinya mengingatkan kita kepada Hari Kiamat, sebuah alam abadi bakal dihuni apabila tamatnya riwayat hidup alam fana ini.

Begitu juga sewaktu membaca doa iftitah pada permulaan solat dengan menyebut kalimah ‘wamamati’ turut menginsafkan supaya sentiasa mengingati akan kematian.

Dari sudut prinsip, kematian adalah hala tuju kehidupan insan untuk menghargai tubuh badan dan roh kurniaan Allah. Dengan rasa penuh tanggungjawab dan iltizam dalam diri, kematian akan membangkitkan kesedaran untuk lebih hampir ke sisi Tuhan. 

Nilai kehidupan yang dilalui seharian sentiasa mengimbangkan keperluan duniawi dan tuntutan ukhrawi. Terdapat salah faham umat Islam hari ini yang beranggapan orang lebih lanjut usia lazimnya akan pergi terlebih dulu menghadap Allah Taala. 

Salah faham begini bukan saja menafikan keadilan Allah, malah boleh membawa diri seseorang itu untuk berpaling daripada tuntutan agama sebenar. Sebabnya, mereka leka dan alpa dengan nikmat dunia kerana beranggapan hari tua masih jauh untuk beramal ibadat, sebelum kematian menjengah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang semakin lanjut usianya semakin baik amal perbuatannya. Sejahat-hajat manusia adalah mereka yang dilanjutkan usianya, tetapi semakin buruk pula amal perbuatannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Ibnu Umar pernah berkata: “Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hingga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.” 

Wasiat Nabi mengingatkan, kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan bagi menghadapi Allah SWT pada hari penuh dengan persoalan di padang Mahsyar.

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, semua akan ditayangkan semula di hadapan Allah.

Diceritakan, Lukman Hakim mempunyai seorang anak lelaki yang cukup degil. Beliau terpaksa menempuh kesukaran dan kepahitan hidup untuk mendidik anaknya yang keras hati itu. Banyak usaha dan cara dibuat untuk mengubah keadaan anaknya itu, tetapi semuanya gagal. 

Sehinggalah pada suatu ketika Lukman telah membawa anaknya itu menziarahi kubur setiap kali adanya kematian. Lalu, tidak lama kemudian, anaknya itu mula insaf dan sedar akan hakikat sebuah kehidupan yang akan diakhiri dengan kematian.

Sumber : BH(Agama)
Read More

Thursday, March 29, 2012

Mencari Identiti : Siapakah diriku?

| |
0 comments

Asallamualaikum,
Apa khabar para pembaca blog saya hari ini yer?kalau sihat Alhamdulillah tapi kalau yang kurang sihat tu jgn la tertekan sgt sebab semua itu ujian daripadaNya. Topik yang saya ingin sembang ialah berkenaan dengan identiti.

Apa itu identiti diri bagi kita?Nama,umur,hobi?Identiti diri merupakan subjek perkenalan kepada  seseorang sama secara zahir atau pun bukan zahir di mata kita semua. Dalam proses peningkatan umur kita sebenarnya dalam proses mengenali diri sendiri. Adakah kita benar-benar mengenali diri kita yang sebenar?atau selama ini kita hanya hidup dalam kepura-puraan?

Siapakah diriku?Itulah persoalan yang sentiasa timbul dalam diri kita terutama kepada golongan yang bergelar remaja. Identiti diri sangat penting dalam mengenali dunia dan menjadi rahsia penting dalam kita menyelesaikan masalah hidup. Majoriti daripada kita yang gagal dalam mencari identiti diri dan ini menjadi punca kepada kita mudah sangat terjebak dengan perkara yang negatif.

Kalau begitu bagaimana kita nak mencari identiti diri? Pertama sekali yang paling penting ialah dengan bertaubat kepada Allah kerana seseorang tidak akan berubah sepenuhnya selagi dia tidak bertaubat. Dengan cara menginsafi diri sendiri kita akan dapat lihat apa kekurangan dalam diri kita sebenarnya. Kita ni panas baran ke, kita ni kedekut ke, kita ni sombong ke?

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu selagi dia tidak mengubahnya dan oleh itu kita jangan berputus asa dalam meminta ampun kepadaNya. Perbuatan kita yang negatif akan menenggelamkan identiti dalam diri sendiri. Jika kita mengenali diri kita yang sebenar maka kita akan lebih mudah untuk menghadapi situasi yang kritikal dalam hidup.

Saya simpulkan di sini bahawa identiti diri sangat penting bagi membina motivasi diri yang kuat dan diri kita ini tidaklah sempurna mana tetapi kita perlu mencari ke arah tersebut. Saya berharap coretan saya ini dapat membantu saudara serta saudari dlm menempuh hari mendatang yg mencabar dan jangan lupa untuk ikuti coretan saya yang akan datang.

Asallamualaikum semua.
Read More

Saturday, March 24, 2012

Antara peluang dan masalah...

| |
0 comments

Asallamualaikum semua para pembaca blog saya yang masih setia membaca.
Sudah lama saya tidak 'update' blog ini, sebabnya masih berfikir dan mencari idea hendak tulis dlm blog ini.Kalau boleh saya hendak tulis perkara yg menarik kepada para pembaca,tetapi apakan daya saya ini bukan sempurna sangat.

Apa itu masalah?
Masalah boleh kita samakan dengan beban, boleh samakan dengan cabaran, boleh ke dengan peluang dan semua ini sebenarnya ditentukan oleh kita sendiri. Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk mengetahui tahap mana iman kita kepadaNya.

Jika kita samakan masalah itu degan beban maka bertambah masalah lar....betul dak?? Sudah jatuh ditimpa tangga pula. Ramai di antara kita yang tidak mampu menghadapi masalah malah terus lari dari menghadapinya. Sampai bila kita ingin lari?? Kita akan letih juga apabila berlari tanpa henti, itu adalah fakta kita perlu terima. Jadi tiada makna jika kita sering mnganggap masalah itu sebagai beban hidup. Masalah masyarakat kita yang dapat kita lihat hari ini menjadi kayu ukur di mana tahap pemikiran masyarakat kita. Ada yg saling membunuh, bunuh diri, rogol, dan seumpamanya. Allah memberi nikmat akal kepada kita dan semua ini bergantung kepada kita bagaimana kita nak mengembangkannya.

Jika kita samakan masalah itu dengan peluang pula, masalah akan memberi nikmat yang positif kepada kita. Bagaimana perasaan adik-adik yg sebaik sahaja habis peperiksaan SPM, bagaimana perasaan kita apabila sebaik sahaja siap je 'assignment', pasti seronok tak terkata. Sebenarnya masalah itu sentiasa membuka peluang serta jalan-jalan yg di mana memerlukan pilihan daripada diri kita. Peringatan daripada saya bahawa kematangan pemikiran kita menentukan pilihan kita itu baik ataupun buruk dan usia tidak mematangkan seseorang dan pengalaman juga tidak. Sebenarnya sifat suka mengambil iktibar dan sentiasa menginsafi itulah yg mematangkan seseorang. Jika seseorang itu mempunyai pengalaman tapi tidak pernah ingin mengambil iktibar daripada perkara yang terjadi juga tidak mempunyai makna apa-apa.

Saya harap coretan saya yg tidak seberapa ini dapat membantu saudara serta saudari utk menghadapi hari mendatang. Sentiasa memohon ampun kepada pencipta kita yang Maha Berkuasa supaya kita sentiasa dalam redhaNya. Nantikan penulisan saya yang akan datang di hari lain dan motivasikan diri kita setiap hari serta menjadi insan yg cemerlang.

asallamualaikum.
Read More

Thursday, March 1, 2012

Masalah Membentuk Peribadi

| |
0 comments
Assalamualaikum semua, sudah lama saya tidak ber'blogging'. Sebabnya saya sibuk dengan program yg baru saja habis dijalankan di Johor  Bharu. Nama program ini ialah sekolah@MMU Perdana Iskandar 2012, tujuan program ini diadakan untuk berkongsi ilmu tentang 'Adobe Photoshop' dengan pelajar-pelajar sekolah.

Melalui program ini pelbagai pengalaman yang saya dapat serta cabaran yang saya tempuh. Lupa pula hendak beritahu, program ini diadakan secara serentak di empat buah sekolah menengah di Johor Bharu. Saya ditempatkan di Maktab Sultan Abu Bakar ( English College), di situlah pelbagai pahit manis yg saya dan kawan-kawan kutip di situ.

Masalah pertama yg kami terpaksa tempuh adalah di mana kami terpaksa merombak semula jadual aktiviti kami di EC (English College). Kami terpaksa menghormati keputusan pihak sekolah yg ingin menjaga keselamatan murid-murid dan gurunya apabila di malam hari(*maklum larr sekolah sudah seratus tahun).

Tambahan pula, asrama sekolah tersebut pula jauh dari sekolah hingga menyebabkan budak lelaki terpaksa berjalan kaki untuk ke asrama. Rentetan ingin mencari jalan mudah ke asrama,kami buat keputusan untuk meredah 'hutan' dengan beg-beg yang berat(*letih giler).

Apabila tiba pengajaran Adobe Photoshop di makmal komputer, masalah bertambah lagi apabila kunci makmal tidak ada pada kami dan kami terpaksa mengejar masa iaitu perlu menghabiskan kelas ini sebelum pukul 10 malam. Ada komiti-komiti lain sudah nampak macam hendak putus asa tapi kata-kata semangat menjadi penawar.

Sebenarnya ada banyak lagi masalah yang kami hadapi semasa kami menjalankan program di EC tapi semua masalah yang kita hadapi ini kami tukar kepada peluang untuk belajar. Kita mesti ingat bahawa semua masalah yang kita hadapi ini dapat membentuk peribadi diri kita. Tanpa masalah juga akan memberi kebosanan dalam hidup kita.

Sepanjang program tersebut saya hadapi dengan tenang sekali tanpa rasa tertekan langsung dan senyuman saya telah menenggelamkan semua masalah. Bukan mudah untuk kita dapat pengalaman sebegini.
Ikuti nasihat serta cerita-cerita yg menarik daripada saya tanpa jemu yer.
Assalamualaikum. :D
montaj closing:

Sekolah@MMU Perdana Iskandar 2011 (Closing) from Lalaland Media on Vimeo.
Read More

Monday, February 13, 2012

Cara Terbaik Memilih Sahabat Mengikut Imam Ghazali

| |
0 comments
Assalamualaikum semua,


Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog yang tidak jemu-jemu melawat blog saya yang tidak seberapa ini. Kali ini saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan mengenai persahabatan dan saya sangat pasti serta yakin bahawa anda semua pasti ramai teman yang juga bergelar sahabat.
Read More

Sunday, February 12, 2012

Keseorangan Dalam Kehidupan

| |
0 comments


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Apa khabar para pembaca blog saya semua, sihat? kalau sihat dan bagus, masih tidak cukup untuk menghadapi masalah hari ini. "Lepas tu nak cakap macam mana lagi awak oi?" Cakap je macam ini apabila ditanya, "Apa khabar hari ini?"....
Read More

Akan Ada Kelapangan Sesudah Kesempitan

| |
0 comments
Assalamualaikum, apa khabar para pembaca blog saya hari ini...sihat?tension?. Hari ini saya ingin memberi sedikit kata-kata yang dapat menimbulkan buah fikiran dalam minda kita. Masalah, kesusahan, rintangan dan halangan dalam tidak dapat kita lari dalam hidup.
Read More