Friday, July 6, 2012

Multi-Level Marketing Tidak Patuhi Syariat Islam

| |
Assalamualaikum para pembaca blog SKD yang dihomati sekalian, kita bertemu kembali di alam maya ini(*buat teruk) dan pada hari ini saya sekadar berkongsi cerita berdasarkan keratan akhbar yang saya dapat daripada KOSMO.Pernahkah kita mendengar MLM, singkatan daripada Multi-Level Marketing?Sesiapa yang tidak pernah mendengar tentang MLM ini, rajin-rajinlah cari maklumat tersebut daripada kawan-kawan atau internet dan pastikan maklumat yang kita dapat itu adalah sahih.
Mari kita baca dari keratan akhbar ini:

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar daripada kesemua 1,411 buah syarikat sistem pemasaran berbilang tingkat (MLM) yang berdaftar di negara ini tidak menepati syariat Islam.
Kebanyakannya didapati melakukan pelbagai penyelewengan dan penipuan kepada ahli-ahlinya berdasarkan hasil penemuan Jawatankuasa Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Antara penyelewengan yang dikenal pasti ialah mengamalkan skim piramid, mengandungi unsur penindasan, manipulasi dan eksploitasi dalam pelan pemasaran.
Selain itu, pelan pemberian insentif yang mengelirukan, mengandungi unsur-unsur paksaan, pembaziran, menjanjikan keuntungan tetap tanpa usaha, mengandungi unsur syubahah atau perkara yang tidak jelas dalam sistem yang diamalkan.

Seorang daripada ahli panel jawatankuasa tersebut yang juga merupakan Pensyarah Kuliyyah Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, kebanyakan daripada operasi syarikat MLM yang terdapat di negara ini berada dalam keadaan yang meragukan.

“Kita mendapati daripada banyak sudut seperti kontrak, pelan, pemberian bonus, komisen, cara pemasaran dan melanggar adab-adab serta etika perniagaan.
“Walaupun masalah ini tidak dilakukan oleh semua syarikat MLM tetapi syarikat terbabit seharusnya bertanggungjawab untuk memastikan mereka melakukan perniagaan dengan beretika,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Justeru, katanya, pada Jun baru-baru ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 telah bersetuju untuk memperakukan garis panduan baharu tersebut.

Sumber: Kosmo!
Selepas anda semua baca keratan akhbar ini apa pendapat kalian?Saya sendiri pernah terlibat dalam MLM ini dan saya tahu apa berlaku sebenarnya serta saya sendiri juga telah membuat beberapa kajian tentang MLM ini dengan bertemu beberapa 'lecturer' saya yang pakar tentang bisnes di universiti saya dan semua ini terbukti bahawa MLM ini kebanyakannya menindas ahlinya secara tersembunyi. Terserahlah kepada sesiapa yang ingin menerima perkara ini atau tidak tetapi yang pasti 'rezeki yang datang adalah daripada Allah dengan diiringi oleh usaha kita yang tidak pernah putus asa'.

Ingin ceritakan pengalaman anda tentang MLM ini, bolehlah tinggalkan komen-komen yang 'membangun' serta tanpa emosi. Kerjasama daripada anda semua memberi kebaikan kepada kita semua yang bergelar Muslim dan Muslimah. Assalamualaikum.

6 comments:

apa kata cuba buat kajian pasal score a pulak :)

Author

score a 2 la yang saya buat kajian :)

boleh la share hasil kajian score A secara terperinci di sini...

i'm just wondering if score a company x menepati syariat, why our PM yang lancarkan program tu n thus there are more minister y involved in this marketing :)

Author

apa yg ditunjukkan kepada semua orang adalah PM yg lancarkan PROGRAM score a itu tapi bukan bisnes yg mereka jalankan.:D

Mmg PM y lancarkan , Tp mcm mana pulak dgn sijil kepatuhan syriah yang depa dapat n dh diperbaharui?

Post a Comment