Sunday, February 12, 2012

Akan Ada Kelapangan Sesudah Kesempitan

| |
Assalamualaikum, apa khabar para pembaca blog saya hari ini...sihat?tension?. Hari ini saya ingin memberi sedikit kata-kata yang dapat menimbulkan buah fikiran dalam minda kita. Masalah, kesusahan, rintangan dan halangan dalam tidak dapat kita lari dalam hidup.

Halangan, masalah, kesusahan dan rintangan dalam perjuangan serta hidup adalah resam kehidupan. Jika perkara tersebut menimpa diri kita, jangan pula kita merasa sedih, hampa, putus semangat dan 'nak melatah' . Semua krisis dalam kehidupan kita datang dan pergi dan semua itu bersifat hanya sementara.
Sabda Rasulullah : "...Dan ketahuilah bahawa kemenangan itu terhasil sesudah kesabaran, dan kelapangan itu muncul sesudah kesusahan. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan."        (Riwayat Ibnu Abbas)

Lihat perkara yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Bagi saya sendiri, masalah itu yang membentuk keperibadian hidup kita. Selain itu, Allah Maha Mengetahui akan kesungguhan dan ketabahan kita dalam memperbaiki keadaan hidup. Allah juga Maha Mendengar akan doa dan pengharapan serta rintihan kita yang tidak putus-putus kepadaNya. 

Rahmat Allah dalam bentuk kesenangan dan kelapangan hidup akan kita kecapi apabila sampai masanya selagi kita pandai bersabar dan sentiasa mengingati Allah. Kita juga perlu ingat bahawa diri kita ini akan kembali kepadaNya dan disebabkan itu juga kita perlu mencari jalan-jalan menuju kejayaan walaupun terpaksa menempuhi rintangan yang sangat perit sekali.

Coretan ini ditulis untuk menasihat diri para pembaca dan diri saya sendiri. Moga-moga perkara yang saya tuliskan ini dapat menberi manfaat kepada kita semua. Harap tiada lagi orang jadi gila hanya disebabkan 'tension' hidup. Tertekan dalam belajar terus bunuh diri dan semua benda yang berlaku ini kita sendiri telah lihat dan renung-renungkan serta fikir-fikirkan.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca blog saya dan terus ikuti blog saya tanpa jemu. Jangan  malu-malu untuk memberi komen yang menarik. Assalamualaikum :D

0 comments:

Post a Comment