Sunday, February 12, 2012

Keseorangan Dalam Kehidupan

| |


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Apa khabar para pembaca blog saya semua, sihat? kalau sihat dan bagus, masih tidak cukup untuk menghadapi masalah hari ini. "Lepas tu nak cakap macam mana lagi awak oi?" Cakap je macam ini apabila ditanya, "Apa khabar hari ini?"....
"Khabar baik, luar biasa dan hebat sekali hari ini." Tidak susah kan untuk cakap macam itu? Apabila kita cakap macam itu, secara tidak langsung kita memotivasikan diri sendiri.


Isu atau topik hari ini adalah Keseorangan Dalam Kehidupan, "Apa ke bende ni?" Sabar lar saya nak jawab lar. Topik ini saya ingin mengutarakan bahawa kita semua tidak pernah keseorangan dalam hidup walaupun sedetik. Pernah atau tidak kita merasa sunyi sepi apabila ditimpa masalah hidup, sehinggakan tiada seorang pun kawan atau rakan yang sudi menjadi pengubat duka lara kita ini.




Kita termenung sementara memikirkan keadaan hidup yang susah, sedang dunia di sekeliling kita terus berputar tanpa hentinya. Kita merasa keseorangan dan kesepian dalam dunia kita yang semakin hari dirasai semakin sempit sekali.
" Dan Dia (Tuhan) tetap bersamamu walau di mana jua kamu berada."                      (Al-Hadid : Ayat 4)
Ayat di atas yang dipetik daripada Al-Quran itu sendiri membuktikan bahawa kita tidak pernah berada dalam keseorangan dan kesepian. Kita tidak perlu merasa sepi kerana kita masih mempunyai Allah untuk mengadu dan menyampaikan hajat serta harapan.


Serulah Allah, Tuhan yang Maha Menolong. Di sebalik doa tersimpan segala penyelesaian, namun untuk Allah mendatangi kita dengan membawa bantuan dan pertolonganNya, kita hendaklah terlebih dahulu mendatangi Allah sebagai seorang hamba yang menginsafi diri.


Selain itu, kita perlu mengenali diri sendiri dahulu barulah kita akan dapat tahu tahap kelemahan diri kita dan secara tidak langsung akan timbul sinar-sinar keinsafan dalam diri kita. Jangan apabila kita merasa kesunyian dek ditimpa kesusahan, kita melakukan perkara yang dianggap bodoh di mata orang lain. Fikirkan dahulu akibatnya sebelum kita lakukan sesuatu.


Sikap terlalu bergantung terhadap orang lain akan membawa masalah terhadap diri kita sendiri. Oleh itu, jadikan Allah sahaja tempat untuk kita mengadu dan meluahkan apa-apa yang patut.Dia penawar jiwaku. Semoga kita menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca blog saya dan terus ikuti blog saya tanpa jemu. Jangan  malu-malu untuk memberi komen yang menarik. Assalamualaikum :D

0 comments:

Post a Comment