Thursday, May 24, 2012

Jati Diri Dimamah Bumi Sendiri

| |

Assallamualaikum semua para pembaca blog saya yang setia menunggu entri terbaru daripada saya.
Maaf atas segala kesulitan yang dihadapi kerana blog ini baru saja saya 'design'. Saya buat sedikit kaji selidik bagaimana hendak bagi blog sembang kemaih derr ini menjadi lebih menarik. Nanti tidaklah bosan sangat asyik membaca tentang motivasi saja. Di sini juga saya selitkan beberapa berita-berita yang menarik untuk santapan kepada para pembaca.

Hari ini saya ingin sembang serta berdiskusi tentang jati diri. Apabila kita sebut sahaja tentang jati diri kita mula kaitkan dengan disiplin, akhlak, perilaku, adab dan seumpamanya. Walau apa-apa yang kita kaitkan dengan jati diri tetap ia menjadi elemen penting kepada makhluk Allah yang bergelar manusia ini, bukan manusia saja tapi manusia yang bertamadun. Tiba-tiba kita ternampak ada orang berjalan tanpa berpakaian apa-apa, adakah dia bertamadun?adakah dia mempunyai jati diri? Tanya diri kita sendiri yer.

Keadaan & situasi

Dalam membentuk jati diri yang kuat serta mantap keadaan persekitaran memainkan peranan yang penting bagi seseorang individu. Kalau seorang budak yang tidak diajarnya tentang adab dengan orang, mesti sampai ke besar dia jadi orang tidak beradab. Keadaan yang  baik dapat membantu individu tersebut untuk membentuk jati diri yang baik.

Tempat & lokasi

Apabila kita bercakap tentang tempat di mana kita hendak membina jati diri yang baik? Sudah semestinya kita inginkan tempat yang terbaik. Adakah negara Malaysia ini paling sesuai untuk membina jati diri? Ada sesetengah ibu bapa yang menghalang anaknya untuk belajar di luar negara seperti di UK, US dan sebagainya dek kerana takut anak mereka akan terpengaruh dengan budaya di sana. Kadang-kadang ada yang bergaduh lari rumah.

Memang tempat itu juga penting bagi membentuk jati diri dan tidak bermakna halangan daripada ibu bapa itu membebankan. Senang cerita siapa tidak sayang anak kan? 

Akhir kata...
Dimana tempatnya dan bagaimana keadaannya, itu semua mempunyai hubungan antara satu sama yang lain. Senang sikit, saya rumuskan bagaimana kita hendak membina jati diri yang terbaik, kita membina ia seperti kita memasak juga. bahan-bahan perlu ada dan sangat penting serta mempunyai peranannya yang tersendiri tetapi jika tanpa ilmu untuk memasak, tidak jadi juga. Betul dak?

Faktor yang saya tulis tadi seperti keadaan dan tempat semua itu ibarat bahan-bahan nak masak. Ilmu nak memasak itu ibarat cara kita berfikir. Seperti yang kita lihat sekarang, ramai remaja kini yang akhlaknya telah runtuh dan banyak lagi masalah sosial yang berlaku. Jika kita kata keadaan di kampung lebih baik daripada di bandar, cuba kita lihat kadar jenayah di kampung lebih kurang samanya dengan keadaan di bandar.

Jadi di mana penyelesaiannya? Semua itu terletak atas diri kita sendiri, bagaimana kita berfikir? Adakah apa yang kita buat hari ini betul atau tidak? Allah memberi nikmat kepada kita yang cukup berharga iaitu nikmat akal tapi pernahkah kita bersyukur akan nikmat tersebut?Cuba kita fikir sejenak di mana tahap jati diri dan jangan biar jati diri kita dimamah bumi sendiri.

Assallamualaikum. :)

0 comments:

Post a Comment