Wednesday, May 23, 2012

Sekali Lagi Kes Pengaturan Perlawanan yang Melibatkan LionsXII

| |
Sekali lagi berlakunya kes mengatur perlawanan dalam liga bola sepak Malaysia yang melibat pasukan LionXII dan Perlawanan Liga Super antara LIONSXII dengan Sarawak Selasa lepas kini dalam siasatan kerana disyaki telah diatur.

Beberapa sumber memberitahu akhbar Today bahawa empat orang lelaki - dua warga Malaysia, seorang warga Singapura dan pengadil Liga Super Malaysia, Shukri Nor telah ditahan dan mereka mungkin akan didakwa secepat mungkin.
Keempat-empat mereka didapati telah mencuba untuk mengatur perlawanan di Stadium Jalan Besar antara LIONSXII dengan Sarawak di mana LIONSXII menang 3-0.
Akhbar Today melaporkan bahawa kesemua yang terlibat bukan pemain bola sepak yang masih bermain.
Pengadil, Shukri sebenarnya telah dijadualkan untuk mengadili perlawanan tersebut tetapi telah diganti dengan Mohd Tarmizi pada saat terakhir dan perkara itu tidak dimaklumkan.
"Pada mesyuarat pengurus pasukan, kami terkejut kerana pengadil yang sebenar tidak muncul," kata jurulatih Sarawak, Robert Alberts.
"Saya akan membawa perkara ini kepada pihak atasan sebaik sahaja saya mendapat pengesahan dari Persatuan Bola Sepak Singapura, dan semestinya siasatan akan dijalankan. Tetapi kini masih awal untuk mengadili perkara ini," tambah Alberts kepada Today.
Akhbar Today juga difahamkan bahawa beberapa perkara sedang diselesaikan sebelum hukuman dikenakan kepada keempat-empat mereka.
Ini merupakan berita terkini tentang perlawanan Liga Super yang dikatakan terlibat dengan pengaturan perlawanan, tetapi hanya dua perlawanan sebelum ini - kemenangan 1-0 dengan Sabah pada 21 Januari dan kemenangan 3-1 dengan Negeri Sembilan pada 11 Februari yang telah melibatkan pasukan LIONSXII.
Sumber : espnstar.my
*admin agak curiga dengan team LionsXII ni, sudah beberapa kali team ini terlibat dengan kes mengatur perlawanan. Kes ini sedikit sebanyak telah menjatuhkan imej serta mutu bola sepak Malaysia. Admin harap kes ini tidak akan berulang kembali dan FAM perlu mengambil tindakan yang wajar sebelum perkara yang lebih buruk akan berlaku di masa hadapan.


1 comments:

Admin saya orang kedah nak mintak p0st
sat pasai fam,
awat yg kui lama kui
bengong nie...myanmar
guna player overage pun lambat nk bantah..!!

Post a Comment