Friday, April 27, 2012

Keruh Jiwa Kerana Bisikan Syaitan

| |

" Dan apabila datang suatu ajakan buruk daripada syaitan kepadamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Ia yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang yang bertaqwa, apabila disentuh ( digoda ) kepadanya gangguan daripada syaitan, mereka ingat (kepada agama Allah), maka ketika itulah mereka berwaspada akan segala akibatnya."
Asallamualaikum semua pembaca blog saya yang setia. Sudah lama saya tidak update blog ini, sebabnya terlalu sibuk dengan assignment dan task2 yg tidak selesai lagi. Kali ini saya gunakan kesempatan di waktu ini untuk berceloteh dengan anda semua yer..

Agak-agak siapa tak kenal syaitan??mesti kenal punya dan ia merupakan musuh kita sebagai muslim yang beriman. Perjuangan kita dalam hidup yang penuh dengan pelbagai rintangan kadang-kadang menyebabkan fikiran kita serabut dan perasaan yang  sangat tertekan. Dan kadang-kadang apa yang kita buat di luar dugaan kita sehingga menyebabkan orang lain sakit hati dengan sikap kita.

Pada saat dan ketika itulah syaitan 'cuba' untuk membantu kita bagi keluar daripada tekanan ini. Bisikan syaitan sentiasa bermain di fikiran kita dan kadang-kadang kita tertewas dengan bisikan tersebut.

Persahabatan

Tanpa sahabat siapa kita yer...disaat kita susah di situlah ada sahabat yang datang menolong. Kadang-kadang tanpa kita sedar kita telah menyakiti hati kawan-kawan kita. Apabila berlaku beberapa pergaduhan kecil, disitu lar syaitan akan datang untuk membesarkan masalah tersebut sehingga berlaku persengketaan antara sahabat. 

Masalah yang selalu berlaku dalam kalangan perempuan ialah berebut boyfriend, jangan ambil hati yer kaum hawa, kaum adam pun ada juga berlaku. Bayangkan sampai sanggup tumbuk-menumbuk, tarik-menarik rambut. Perkara ini selalu berlaku dalam persekitaraan kita dan mungkin kita pernah menghadapi situasi sebegitu.

Marah

Cakap tentang marah semua orang pernah marah. Pernah atau tidak kita berkawan atau berhadapan dengan orang yang panas baran?mesti tension gila dengan orang macam itu. Keadaan seseorang yang sedang marah merupakan situasi yang mudah bagi syaitan untuk 'menang'. Kadang-kadang kita akan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita dan syaitan pun seronok gila. Perasaan marah ini perlu kita elak kerana marah ini akan memakan diri kita suatu hari nanti.

Seperti kita lihat di ruangan akhbar, berita, banyak sangat kes bunuh macam dunia ini sudah tidak ada perasaan langsung. Semua ini disebabkan perasaan marah yang terlampau dan emosi yang tidak stabil. Kalau kaum Adam nak tahu lelaki yang paling kuat ialah lelaki yang mampu tahan rasa marahnya. Bukan dengan pukul orang dia sudah dikira sebagai kuat, sebenarnya tidak langsung. Padahal lembik gila sebab dengan diri sendiri pun tidak mampu lawan lepas itu nak pukul orang pulak.

Akhir sekali,
Saya harap apa yang dicelotehkan ini mampu memberi manfaat kepada kita semua. Janganlah kita bersahabat dengan syaitan yang keji ini dan golongan ini sentiasa berbisik kepada kita untuk melakukan sesuatu yang salah. Selain itu, sentiasa lah amalkan sifat bersabar kerana sifat ini sebahagian daripada sifat orang yang bertakwa. Senyum selalu kerana senyuman kita yang tidak seberapa ini mampu melupakan segala masalah.

Teguhkan Iman kita supaya syaitan tidak mampu untuk mendekati kita dan tenangkan jiwa kita dengan ayat-ayat indah dari Al-Quran. Sebenarnya kita mampu mengubah sikap kita yang kadangkala degil dan susah nak dengar nasihat orang, cuba fikir sejenak di mana tahap diri kita sebenarnya? tidak susah kan nak buat macam itu...

Saya harap semua pembaca setia menunggu next post dari saya yer....saya agak sibuk buat masa sekarang untuk menulis benda-benda macam ini. Jumpa lagi semua.
Asallamualaikum. :D

0 comments:

Post a Comment