Assalamualaikum semua, sudah lama saya tidak ber'blogging'. Sebabnya saya sibuk dengan program yg baru saja habis dijalankan di Johor Bharu. Nama program ini ialah sekolah@MMU Perdana Iskandar 2012, tujuan program ini diadakan untuk berkongsi ilmu tentang 'Adobe Photoshop' dengan pelajar-pelajar sekolah.
Melalui program ini pelbagai pengalaman yang saya dapat serta cabaran yang saya tempuh. Lupa pula hendak beritahu, program ini diadakan secara serentak di empat buah sekolah menengah di Johor Bharu. Saya ditempatkan di Maktab Sultan Abu Bakar ( English College), di situlah pelbagai pahit manis yg saya dan kawan-kawan kutip di situ.
Masalah pertama yg kami terpaksa tempuh adalah di mana kami terpaksa merombak semula jadual aktiviti kami di EC (English College). Kami terpaksa menghormati keputusan pihak sekolah yg ingin menjaga keselamatan murid-murid dan gurunya apabila di malam hari(*maklum larr sekolah sudah seratus tahun).
Tambahan pula, asrama sekolah tersebut pula jauh dari sekolah hingga menyebabkan budak lelaki terpaksa berjalan kaki untuk ke asrama. Rentetan ingin mencari jalan mudah ke asrama,kami buat keputusan untuk meredah 'hutan' dengan beg-beg yang berat(*letih giler).
Apabila tiba pengajaran Adobe Photoshop di makmal komputer, masalah bertambah lagi apabila kunci makmal tidak ada pada kami dan kami terpaksa mengejar masa iaitu perlu menghabiskan kelas ini sebelum pukul 10 malam. Ada komiti-komiti lain sudah nampak macam hendak putus asa tapi kata-kata semangat menjadi penawar.
Sebenarnya ada banyak lagi masalah yang kami hadapi semasa kami menjalankan program di EC tapi semua masalah yang kita hadapi ini kami tukar kepada peluang untuk belajar. Kita mesti ingat bahawa semua masalah yang kita hadapi ini dapat membentuk peribadi diri kita. Tanpa masalah juga akan memberi kebosanan dalam hidup kita.
Sepanjang program tersebut saya hadapi dengan tenang sekali tanpa rasa tertekan langsung dan senyuman saya telah menenggelamkan semua masalah. Bukan mudah untuk kita dapat pengalaman sebegini.
Ikuti nasihat serta cerita-cerita yg menarik daripada saya tanpa jemu yer.
Assalamualaikum. :D
montaj closing:
Sekolah@MMU Perdana Iskandar 2011 (Closing) from Lalaland Media on Vimeo.

0 comments:
Post a Comment