Thursday, March 29, 2012

Mencari Identiti : Siapakah diriku?

| |

Asallamualaikum,
Apa khabar para pembaca blog saya hari ini yer?kalau sihat Alhamdulillah tapi kalau yang kurang sihat tu jgn la tertekan sgt sebab semua itu ujian daripadaNya. Topik yang saya ingin sembang ialah berkenaan dengan identiti.

Apa itu identiti diri bagi kita?Nama,umur,hobi?Identiti diri merupakan subjek perkenalan kepada  seseorang sama secara zahir atau pun bukan zahir di mata kita semua. Dalam proses peningkatan umur kita sebenarnya dalam proses mengenali diri sendiri. Adakah kita benar-benar mengenali diri kita yang sebenar?atau selama ini kita hanya hidup dalam kepura-puraan?

Siapakah diriku?Itulah persoalan yang sentiasa timbul dalam diri kita terutama kepada golongan yang bergelar remaja. Identiti diri sangat penting dalam mengenali dunia dan menjadi rahsia penting dalam kita menyelesaikan masalah hidup. Majoriti daripada kita yang gagal dalam mencari identiti diri dan ini menjadi punca kepada kita mudah sangat terjebak dengan perkara yang negatif.

Kalau begitu bagaimana kita nak mencari identiti diri? Pertama sekali yang paling penting ialah dengan bertaubat kepada Allah kerana seseorang tidak akan berubah sepenuhnya selagi dia tidak bertaubat. Dengan cara menginsafi diri sendiri kita akan dapat lihat apa kekurangan dalam diri kita sebenarnya. Kita ni panas baran ke, kita ni kedekut ke, kita ni sombong ke?

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu selagi dia tidak mengubahnya dan oleh itu kita jangan berputus asa dalam meminta ampun kepadaNya. Perbuatan kita yang negatif akan menenggelamkan identiti dalam diri sendiri. Jika kita mengenali diri kita yang sebenar maka kita akan lebih mudah untuk menghadapi situasi yang kritikal dalam hidup.

Saya simpulkan di sini bahawa identiti diri sangat penting bagi membina motivasi diri yang kuat dan diri kita ini tidaklah sempurna mana tetapi kita perlu mencari ke arah tersebut. Saya berharap coretan saya ini dapat membantu saudara serta saudari dlm menempuh hari mendatang yg mencabar dan jangan lupa untuk ikuti coretan saya yang akan datang.

Asallamualaikum semua.

0 comments:

Post a Comment